Thursday, May 12, 2011

Takde Semangat

Bengang sungguh aku hari ni. For the first time, aku ngn classmates yang lain semangat nak ambik lab test entomo esok, tetiba kancel. ape perasaan korang. memanglah hepi kan. tapi untuk kami nih, kitorang sangat2 tak suke sebab next week kalau boleh nak spend masa untuk study jek. lagipon lab test histopath yang ambil masa bertahun-tahun berhari-hari nak siapkan tu pon belum buat lagi. kalau da semua nak buat minggu depan memang penat lah kan. dah la hari isnin aku punye presentation. haish, tak bertuah betul tangan aku nih sebab masa cabut undi tuh, aku yang wakilkan diri. dah la dapat group last. tajuk presentation pon tak best n susah.

so, esok pagi-pagi memang aku nak chow dari bumi shah alam nih. TAKDE SEMANGAT!!! minggu ni banyak benda aku tak tahu aku jadi tahu. hurmm... Selama ni aku harapkan benda lain benda lain pulak jadi and aku memang totally tak boleh nak terima.

*rasa tak balance pulak perenggan 1 punya panjang berjela tak larat nak baca + semak, perenggan ke2 pulak pendek. xpelah. bukan ada orang nak bagi markah pon.

Monday, May 9, 2011

Urban Poor Bukit Bangsar

Pada 16 March 2011 bersamaan hari Sabtu, saya bersama-sama 37 pelajar jurusan Bioperubatan Tahun ke-2 telah menjalankan membantu penduduk yang kurang bernasib baik di Bukit Bangsar.... eceh, tak mau lagi skema ke ayat. tu lah kan, orang suruh buat lab report properly malas. hah, sekarang baru tergedik2 nak buat.
kitorang ke sana adalah sebahagian community services MSU. banyak jugak aktiviti yang dibuat kat sana. contoh macam free medical checkup, games untuk kanak-kanak, and melawat ke rumah-rumah keluarga yang kurang bernasib baik. ok la, cite panjang pon tak gune. gambar menceritakan segalanya

muka eksaited di pagi hari

bukti angkat barang banyaaaaaakkk sangat

muka 2 dari kiri tu tak boleh nak gangster lagi ke?

hujan!!!!! penyek tudung aku

bahagikan harta barang-barang untuk diagihkan

group untuk kunjungan ke rumah keluarga kurang bernasib baik

group medical checkup

mobile medical checkup. door to door

blood pressure

immobile medical checkup di dewan Perumahan Bkt Bangsar

kunjungan ke rumah keluarga kurang bernasib baik

uncle ni kene elephantiasis tapi sangat bersemangat join apa2 aktiviti kami

cewah. big bro fokus ambil darah untuk blood glucose test n blood group

snap snap.. kerja sampingan aku

lawatan ke rumah uncle tadi. sedih sangat.

kunjungan ke salah sebuah keluarga. tak silap makcik ni tinggal sorang2 dan jaga cucu2 nya. 

gotong royong bersihkan rumah uncle.

comel gler baby tuh. ini family yang my group buat kunjungan tuh

sukaneka

errr... comel...

yeah yeah.... aku takde time nih. so tak tau nak ckp ape. hahahaha

pertandingan rebut kerusi

penyayang tak I  dengan budak budak???hahhaha

harus bergambar sebelum pulang. yeah. project well done

wajiblah ada gambar aku kan di akhir entry. perhargaan untuk yang habis membaca dengan jayanya. cewah!
.

Atas Nama Cinta by UNIC



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

ok, ni lagu lama. aku je yang ketinggalan zaman. tapi aku dah dengar since sem 3 lagik. muka je rock tapi dalam hati ada taman der. em, aku suka lagu ni. sebab bait-bait kata dia ada maksud. sangat senang nak faham. 

kepada korang di luar sana n peringatan untuk aku juga.... cintailah Tuhan kita dulu. sebab dengan redha nya, setiap yang kita lakukan akan dilindungi dari segala kebaikan. bahkan Dia akan bagi lagi yang terbaik untuk kita. Tak rugi. Renung renungkan dan selamat beramal....

Thursday, March 3, 2011

jika belum siap... cintailah dalam diam


Aku pernah cerita kat kawan baik aku yang aku ada minat someone and sampai sekarang dia dok tanya sapa mamat tuh. Tapi nampak gaya macam dia dah tau je cuma aku tak pernah cakap YA bila dia dok teka sorang2. hihiksss. 


Satu hari, dia tanya aku kenapa aku tak nak bagi tahu sapa orang yang aku minat tuh. Aku jawab "Orang tu baik sangat, and aku tak cukup baik untuk bersama-sama dengan dia." Dia macam ragu-ragu. "Eh, ko baiklah weh". Aku jawab balik " Luaran memang lah. Semua orang nampak baik. Tapi hati?"

Hari ni aku bersantai-santai buka FB. Padahal minggu depan final exam. Huh. Tiba-tiba kawan aku share 1 artikel nih. Aku baca... Pap.. Ni lah apa yang aku tengah usahakan selama ni. 


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..

kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT.pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah sahabat...

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan... hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...

jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

source : Nadiatul Husna/FB


Saturday, January 29, 2011

untitle

entry ringkas mahu menyatakan rasa hati di kala ketimbunan (erk, ade ke?) assignment.


"awak sentiasa hadir di kala saya betul-betul rindukan dan teringatkan awak"
thanks sebab ceriakan hidup saya

Saturday, January 15, 2011

Ceritera Malas

Alkisah, ada seorang gadis manis. Tiba-tiba hari ini dia bangun sangat awal. Dia bangun sangat awal sebab tak lena tidur memandangkan kerja yang nak kena hantar hari esok lansung belum disentuh. Pagi-pagi dengan tak mandi lagi (tapi budak ini sentiasa wangi) mahu goreng bihun. Banyak gilo dia masak sebab lapar sangat-sangat. Dalam pada itu, dia mahu menyedapkan hati dengan masak banyak-banyak khas untuk housemate-housemate tersayangnya. Sambil dia masak-masak, terfikir-fikir akan dia tentang kerja yang perlu disiapkan itu. Dahla esok kelas start pukul 8pagi. Bila masa la nak siapkan kalau tak buat hari ini.

Lepas masak dan pekena 1 pinggan penuh bergunung-gunung bihun itu, lalu dia mengemas rumah sambil memikir-mikir tentang kerja yang belum disentuh itu. hurm, kerja itu memang agak susah sikit sebab melibatkan journal. nak cari jurnal bukan kerja senang. dah la kena cari dengan tajuk yang specifik pula iaitu pasal toxicity and drugs. Disebabkan kestresan yang melampau, dia rembat lagi semangkuk penuh bihun goreng itu.

Stress nya masih belum hilang sebab dia sangat malas untuk menyiapkan kerja itu hari ini. dia pun log in Facebook. Tiba-tiba ada 1 meseg dan dia pon berbalas-balas meseg pasal kerja itu ....



Gadis manis itu balas-balas lagi sebab dia tak datang previous lab. konon-konon mahu study tapi .. Lalu dia bertanya lagi soalan bodoh. Sebab biasanya lab report ini kene hanta 3 hari lepas waktu lab. Tapi kali ni diberi seminggu lebih sebab exam kan. And mestilah kene hanta hari Isnin. da bagi masa banyak kan. Tapi nak tanya jugak soalan ni.

wahhhhhhhhhhhhh, sukanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hoooray horay.. yippie yippie


rasa nak sambung ini

baby macam aku perlu tidur yang cukup. boleh?

aku kan nerd

pssssttt, aku kan selalu sangat macam ni. kalau aku rasa malas sangat atau pon takda mood sangat nak buat satu-satu perkara tu kan, mesti perkara tu akan cancel dengan sendirinya atau postpone bila-bila. korang pernah jadi macam tu tak?

Perpisahan Ini by Aizat Hamdan

Hari ni nak post lagi lagu best @ favourite aku. boleh? tak kira tak kira. nak post jugak. korang jangan ragu-ragu. lagu ni mesti sedap punya sebab lagu aizat semua sedap-sedap kan. ala-ala jiwang gitewww... erk!



disini bermulanya pertemuan yang terakhir
kehilangan amat terasa di hati
mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
ku terima perpisahan ini

dulu kita satu jiwa satu impian
susah dan senang kita bersama
namun itu semua
hanya sementara

corus ;
hanya lagu yang menjadi ingatan
hanya lagu yang menjadi kenangan
seandainya masa itu kembali semula
inginku miliki lebih darimu

mungkinkah ini yang tertulis ditangan takdir
ku terima perpisahan ini

perpisahan yang tak ku duga telah terjadi
dirimu pergi biar ku sendiri

best kan best kan!!! susah gler ya nak cari lagu ni dengan liriknya sekali

Friday, January 14, 2011

Aishiteru by Zivilia Band

yippi yippi yippi!!! hari ini habis sudah midsem untuk semester 4. harap-harap result kali ini berbaloi-baloi la dengan usaha yang telah aku lakukan. hehe.tak delah usaha mana pon. tidur cukup. makan pun cukup. cume kalau bukan time exam tuh makan dan tidur TERLEBIH cukup. huih. insaf sudah. lama tak update blog nih. belek-belek balik previous entry asyik letak lirik lagu. nampak nau pemalasnya kan. ok ok, bukan pemalas, tapi bz yang hamatttt. lab report, assignment, presentation, enjoy  dan lain2 lagi. ok, kali ni semangat nak berblog kembali lagi.

kali ni ak mahu letak lirik lagu lagi. uishhh, aku suka gila lagu ni tau. dulu adik aku suh aku dengar lagu nih. tapi aku kata tak sedap. nak sebut nama tajuk pon susah. ais ais straw... aishiteru rupanya. menyembur-nyembur. tapi 2 3 hari lepas ada classmate share lagu nih. dengar la sambil2 studi kan (yo yo O je kan). eh, macam sedap pulak kan. dengar-dengar banyak kali eh, layannnnnnn pulak. hahaha. buat entry ni pon pasang lagu ni tahu!
so, mempersembahkan Aishiteru by Zivilia Band


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu

Sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang kuberpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana

[*]
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a a a aku

[**]
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a a ai aishiteru
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Back to [*][**]
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa gairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali
Kimita tuokukitemo
Kiminoi shuaguaratala
Shiniteruyo shiniteruyo
Back to [*][**]
Wo wo wo..
Wo wo wo..a a ai aishiteru



Band dia nih aku tak kenal sangat. dan aku pon mempunyai satu habit yang sangat terpuji buruk iaitu malas malas manja. so aku malas nak ambil tahu pasal band ini. hehe. boleh lagu tu??? bolehhhhh. nak tahu google sendiri lah ye. korang yang cantik dan comel pasti rajin-rajin belaka