Sunday, August 22, 2010

sile perkenalkan diri

skg ni banyak number2 x dikenali bg msg, kol... kalu kol xpe lagi sbb pastu kite tau sape tu. tp msg ni ha. kalu
 da tnye pastu perkenalkan diri pon x pe gak.mslh nye org tnye2 sape x nak jawab. dok reply byk2 msg tp x 
nak btau sape... ke ko minat ak??? hahaha. (sekali popuan jugak. owh, sy x lesbo)!!! wahai makhluk sekalian alam, ketahuilah yang ak bkan seorang gadis yang penyabar, malah sangat gelojoh.so, perkenalkan diri anda mase msg tuh ok kalu rase2 ak x simpan num ko tuh. kan nant ade ckp ak sombong lah, pemalas lah xnak mesej. heh. ak ade byk keje laen nak buat spt tdo bace buku dr melayan msg org xde name.okey?

Wednesday, August 4, 2010

SILENT

kadang-kadang senyap itu lebih bgus untuk tdak disakiti dan menyakiti HATI kita dan org laen... hmmm.ak x tau ak EMO atau SENSITIF atau org laen bersikap KURANG AJAR dgn ak atau mereka x tau ape yg diguraukan tu sbnrnye racun bg ak.. tbe2 sy rindu MAK sy n shbt baek sy, NUR AKMAR NOOR MUHAMMAD sbb 2 insan ini sahaja yg tau PERKARA ape dlm hidup sy ni yg plg sensitif... smlm nk borak ngn ma,tp ma bz. ma kate nk tepon mlm nnt.tgu punye tgu x tepon.. hurm.. mayb penat kot. xpela. then, pg td pukul 6 lbh ma tepon n sy x bgn lg.waaa.mest die engt anak die x bgn lg.tp mmg pon..hahahha.ok,skg mayb my mum tga keje n sy x nk ganggu.mlm ni bru nk col.nk cite sume2.hhhmm.

tbe2 sy teringat 1 peristiwa.rasenye mase sy form 3 or form 5.sbb duduk rumah. n cuti agak lame. jiran sblh rumah suke sakitkan hati sy dgn HAL ITU ye. n waktu tu sy xleh nak tahan lagi perangai die n kurung dlm bilik n nangis gler2. my mum dtg n first time sy cite kt my mum yg sy sgt sensitif psl tu. my mum ckp nant die nasihatkan bdk tuh n bg nasihat kat sy. mak sy ckp :

  • jgn ambik hati sgt. cube compare hidup die dgn hidup kite.. Tuhan bg byk sgt nikmat dlm hidup kite n sesekali anggaplah tu dugaan hidup kite. xkan kite nk hidup kite sempurna saje kan.kalu sempurna saje hidup kite, mest kite lalai n x ingat ALLAH
  • buktikan perumpamaan tu tak betol.. tgk diri kita... stkt ni kalu nak dibandingkan dgn kawan2 awak dlm kg ni, awak 1000 kali lg maju dr mereka.Allah kurniakan otak yg cerdas. bole berjaya n x buat bende2 yg memalukan keluarga.
  • muhasabah balik diri... kite bukan popuan yg jenis sosial x tentu hala... tau harga diri n jage maruah. patutnye kite kene bangga dgn ape yg ade pd diri kite sbnrnye
  • anggap tu sbg pembakar semangat hidup kite. buktikan pada orang laen yg kite bole berjaya n totally x same dgn perumpamaan itu.
  • pedulikan ape yg org kate sbb kite 100% x same dgn perumpamaan itu.


kepada MANUSIA sekalian,
anda dilahirkan dgn otak yg sgt bijak dan pandai
sy tahu sy dianugerahkan dgn kawan2 yg bijak pandai
dan semestinya dpt kenal yg mane baik dan buruk
yg mane gurauan n yg mane menyakitkan hati
kalu rase2 gurauan itu bole menyakitkan hati org
stopkan lah
sume orang ade perasaan 
saling-salinglah kite menjage perasaan org laen
tidak perlu mengejek2 kekurangan diri org lain....


kepada DIRI SAYA sendiri,
jgn emo sgt.
entah2 org tu nk gurau2 ngn kite je kot
mayb die xde niat pon nk ckp cmtu
tabahkan diri, kuatkan hati 
kate nk jd anggun kan...
WANITA ANGGUN MESTI TABAH DAN KUAT


kenapa perlu diungkit2 kekurangan diri orang lain.. bukan diri sy yg pinta semua ini. sume ni adalah takdir dr Allah tanda kasih Datuk saya pada cucunya.  dan sy sedikit sebanyak tlh berusaha untuk memajukan diri ini spy tidak sama dgn perumpamaan yg digembar-gemburkan oleh masyarakat MELAYU  skg.. PEDIHNYA HATI hanya TUHAN sje yg tau.


sbb itulah kebelakangan ni sy AGAK senyap di FACEBOOK dan agak KECOH di kelas kecuali kalu sy DEKAT dgn ORANG YANG SUKE MENYAKITKAN HATI SAYA. setiap komen dan status pastinye akan ade yg membuat hati sy terhiris n disiat2 oleh pisau 20 sen. harap ini tindakan plg bgus untuk mengelakkan hati kite disakiti n menyakiti hati org laen...



pengajaran dr post ini adalah :
ble kite berhampiran dgn orang yg ske menyakitkan hati kite, aktifkaN diri anda ke silent mode.
ble kite duduk dlm kumpulan yg x menyakitkan hati kite, make bergembiralah sepuas2nye sbb kite ade hak untuk bergembira. nikmat bergembira bknlah hanya untuk org yg menyakitkan hati kite saje ye. ORANG YANG MENYAKITKAN HATI KITE HANYA BERGEMBIRA ATAS KESEDIHAN ORANG LAEN. SANGGUPKAH KITE? 



Tuesday, August 3, 2010

JODOH

amboiiii, 2 post berturut2 pasal jodoh ye.. kau mmg da nk kawin ea??? yelah,ape salahnye ak nk kawin pon.ak da bole uruskan rumahtangga..hahahahha.xla.post kali ni nk kongsi dgn uols psl doa pendekat jodoh. jodoh tidak datang bergolek mcm itu ye.... perlu ade usaha, doa dan akhir sekali tawakal ye kawan-kawan...




semoga kite dikurniakan jodoh yang dapat membimbing kite ke Syurga...Amin.


10 TANDA DIA JODOH KITA

post kali ni dbuat ketika sy rase cm lonely, perlukan someone ntk mengadu...hekhekhek dan rase gedik seketika

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad


Lame Kan X Update

da lama x update. da lama x jenguk blog. da lama x on9 lama2.haha.amek amek.ade ke org nak tau sbb musabab ak x update?ade yg kisah ke?tp MACAM ade stalker jek blog ni.hahaha.ok.ni sbb musabab x update blog nih


1. my bestfrend, ZULHAFZAN HAMID, kate blog ak SURAM. WTF.whatdafish. sikit sebanyak wt ak rase down sampai mls gler nk jenguk n nk update lg da.die kate, die kate....waaa.sedih sgt.hoho.xpe2. die kate sbb die tgur ak sbb nk suh ak baiki lg blog ak nih.ok.ni ape yg die ckp.

  • blog suram. layout warna x menarik lansung. x menarik perhatian. ok2. ak tau. tp ak x reti cm ne nk tukar setting nk ubah blog ak nih.n dlm mase yg same ak xde mase nk g cri layout2 yg cntik2 memandangkan kt shah alam ni ak just pkai BERUKBAND yg lambt cm siput.tgu ak blik umah k.tenet super duper laju.besh2. tp kalu kt umah xde sape la plak nk ajar.urmmm.

  • jenuh nak membace la blog ko nor .cite berjela2.mcm karangan rasmi plak. waaa.sampai ati.ok2.nak sdpkan ati.ak kn amek cos biomedic.so sesuai la personaliti ak ngn gaya tulisan ak nih.seorg pelajar biomedic mestlah bersikap matang n see,corak penulisan ak ni MATANG hape.xde gmbr kartun, emoticon yg tah pape (hahaha,padahal x reti nk letak emoticon or wat so eva).

  • kurg gmbr.spt mane yg diketahui rmai,berukband sgt la LEMBAP n nk tgu upload gmbr seperti menunggu kls dr.p abeh.haha.bole ke nk buat perumpamaan cmtu?hahah.bantai.means sgt lame ye anak2 sekalian n sy bkanla gadis yg penyabar.sy sgt gelojoh ye.


yela zul.ni ak cube improve ckt2 da.ko kate pas noktah je kene ade space kan. ha, tgk, ak da ikut ckp ko.bgus x bgus x? tp tq sbb slalu nasihatkan ak n tgur pape yg kurg pd diri ak ni. ak cuba ntuk jd sesempurna yg terdaya. hohoho.tp kan zul, ko da jrg tepon ak smenjak ade fb (foreign body?eh,bkn lah...facebook). nak knl zulhafzan.hahahah.nant ak letak gmbr profile pic die di fb.hensem n macho n romantik skali. har har har. jeng jeng jeng.....




hai,sy zul... sy lelaki idaman malaya.


2. ak sgtlah xde mase lame2 ye nk on9. menyakitkan hati ble tgk broadband ni bg signal hijau jek. tension gler2 weh tenet lambat padahal byr tiap2 bln. mase ak lambat byr ak x kisah la kau nk ijau pon. tp mslhnye skg ni ak da byr penuh pon ko still ijau gak. ishhh. geram.tp asal je ak bcadang nk tepon org MAXIS BROADBAND, mest ko mcm laju plak kn.pastu time ak xde kredit or hari minggu dimane sume pejabat tutup, time tula ko buat hal. yela.kalu ko buat hal waktu tu, ak x leh nk buat hape lah kan.ceit...PANDAI2!


3. ak EXAM ye wahai rakan2ku.tp ari ni pon sbnrnye x abeh exam lg.tp dsebabkan ak bru tau esok punye exam postponed,so ak on9 dgn jayanya.cm kelaka je kan.tp cm x cye gak.first time nih.esok nk exam.tbe2 postpone sbb ade mslh letrik..lebeh kurg la tu sbb die.hoho.ak x pandai nk explain :(


tu lah sedikit sebanyak nape ak lame x update.hoho.tp sng je nk suh ak update blog.heheh.xnak lah btau.terbongkar nant identiti I.aww!!!

hah.skang ak da penat...eh,tp ko bru bgn je dr tdo kan.xkan da penat... eh, eh, tp ak penat gak. SENGAL

psssttt, merah menyala font ntuk post kali nih.x tau la kalu still x menarik perhatian lagi kan.kalu x menarik perhatian lg, meh ak buat bold plak ntuk post akn dtg