Saturday, January 15, 2011

Ceritera Malas

Alkisah, ada seorang gadis manis. Tiba-tiba hari ini dia bangun sangat awal. Dia bangun sangat awal sebab tak lena tidur memandangkan kerja yang nak kena hantar hari esok lansung belum disentuh. Pagi-pagi dengan tak mandi lagi (tapi budak ini sentiasa wangi) mahu goreng bihun. Banyak gilo dia masak sebab lapar sangat-sangat. Dalam pada itu, dia mahu menyedapkan hati dengan masak banyak-banyak khas untuk housemate-housemate tersayangnya. Sambil dia masak-masak, terfikir-fikir akan dia tentang kerja yang perlu disiapkan itu. Dahla esok kelas start pukul 8pagi. Bila masa la nak siapkan kalau tak buat hari ini.

Lepas masak dan pekena 1 pinggan penuh bergunung-gunung bihun itu, lalu dia mengemas rumah sambil memikir-mikir tentang kerja yang belum disentuh itu. hurm, kerja itu memang agak susah sikit sebab melibatkan journal. nak cari jurnal bukan kerja senang. dah la kena cari dengan tajuk yang specifik pula iaitu pasal toxicity and drugs. Disebabkan kestresan yang melampau, dia rembat lagi semangkuk penuh bihun goreng itu.

Stress nya masih belum hilang sebab dia sangat malas untuk menyiapkan kerja itu hari ini. dia pun log in Facebook. Tiba-tiba ada 1 meseg dan dia pon berbalas-balas meseg pasal kerja itu ....



Gadis manis itu balas-balas lagi sebab dia tak datang previous lab. konon-konon mahu study tapi .. Lalu dia bertanya lagi soalan bodoh. Sebab biasanya lab report ini kene hanta 3 hari lepas waktu lab. Tapi kali ni diberi seminggu lebih sebab exam kan. And mestilah kene hanta hari Isnin. da bagi masa banyak kan. Tapi nak tanya jugak soalan ni.

wahhhhhhhhhhhhh, sukanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. hoooray horay.. yippie yippie


rasa nak sambung ini

baby macam aku perlu tidur yang cukup. boleh?

aku kan nerd

pssssttt, aku kan selalu sangat macam ni. kalau aku rasa malas sangat atau pon takda mood sangat nak buat satu-satu perkara tu kan, mesti perkara tu akan cancel dengan sendirinya atau postpone bila-bila. korang pernah jadi macam tu tak?

2 comments:

Anonymous said...

kalau dah memang tak ada mood nak buat memang postpone terus. nak buat mesti hasilnya tak memuaskan. baik buat bila ada mood HAHA

nurredvelvet said...

tau xpe.so ble xde mood baik tdo.huahuahua