Wednesday, January 23, 2013

Hari ni hari ke3 aku kirije. Takde mood lagi nak cerita pasal kerja. Pegi subuh2 balik malam. Macam xde life lansung. Takleh jadi nih. Memang kena ikhtiarkan cari umah sewa jugak. Hurm biasalah bila update blog ni mesti ada sumting yg terkilan sebenarnya. Hurmmm. Jerih perih nak kirije di Shah Alam. Ok pertama sekali nak cari tempat kirije. Ok xpelah boleh buat sorang2. Tempat kirije pon ok ade kwn. Tapi kwn kt lab jelah. Bila dah habis kerja masing2 balik umah lah kan. Masalah ke2 pasal umah sewa. Tensen tahap gaban. Nak mintak tolong org lain serupe macam aku x ade kawan lansung. Serupe macam aku ni tak pernah tolong orang. Kadang2 sedih mane orang2 yang aku tolong dulu. Yang same2 bergembira dgn aku dulu. MANE MANE!!!!!

Hurm last2 aku ikhtiarkan jelah sendiri. Hidup takleh nak bergantung pada orang lain. Manusia... Ramainyaaa hanya bertandang masa senang aje... Kawan... Sahabat.... Yang ikhlas tetap ade. Aku paham masing2 ade komitmen sendri. Tapi xleh ke kalu kontek2 sementalah dah dekat2 ni. At least kontek lah kan. Mesej tanye kabar pon dah cukup. Sometimes memang terasa spt dipergunakan...

Masa ni aku baru btol2 perasan that HE my kawan lama, my bestfriend satu satunya sentiasa ade selalu masa susah dgn senang. Cuma aku bila senang asik lupa dia. Tapi masa2 ni aku kenal siapa kawan aku yang sebenarnya. Siapa yg btol2 ikhlas sebenarnya.

Saturday, January 12, 2013

Misi mencari kerja

Hari ni bangun mandi2. Mestila mandi kan. Sebelum keluar, sambil cas telipon, google2 kerja kosong area serdang. Ok, kakak aku suh pergi South city. eh first time ni nak lalu jalan sibuk gilosss tu. xpela pegi area kilang2 dulu mane tau ade yg bkenan ke kan sambil2 amek feel drive sblm btol2 drive kt jln sibuk tu.

Lokasi pertama KMT trading. tgk ade banner perlukan pekerja. Ok, tibai lahhh. Masuk2 trus staff die suh isi borang then tunggu lame gile nak interview. Aku duk situ dah buat macam umah sendiri. Bukak2 tingkap jenguk kete selamat ke idok. Jalan2 pusing meja tgk brg2 makanan die produce then barulah interview. Haha mls nak cite lelebih. Kesimpulannya macam dia xnak je kan amek aku. Ok aku pon blahhhhhh.

Lokasi kedua serdang perdana. Ahhh ni cuak nak drive je lebih sbb nak kene lalu south city yg kemain sibuk tu kan. Alhamdulilah selamat pergi dan balik. Ok tu klinik baru je bukak then start keje bulan 2. Memang kompem2 la dah diterima. Ermm tapi still x puas hati kan.yela tu kire keje part time la. tapi bini dr tu peramah giler. Siap recommend kat aku suh belajar baking waktu pagi sbb keje tu start kul 4 ptg kan. Adohaiii xleh blah btol. Masa balik aku mcm nak tnye je pathlab sebelah pasal permohonan yg aku apply ari tu. Tapi nilah kelemahan aku. Procrastinate. Kate dalam hati, ESOKLAHHHHH. Esok ari ahad mestilah tutup. Eiii bile dah balik mulela nyesal kan.

Ok lokasi ketiga haha mestila beli makanan. Em forever alone kan mestilah tapau bwk balik makan kat umah jek. Balik2 lemahhh btol aku. Tgk ade kucing ke idok. Ok xde bukak pintu cepat2 then mase nak tutup pintu t ak xtau dr mane die masuk kepala dia nak terlekat eiiiii geli giler aku. Pastu aku duk syuhhhh syuhhh die suh kuar. Siap bagi arahan suh die kuor kot tingkap. hahaha adui adrenalin mmg merembes laju mase tuh. hihikkk sori kucing aku bukan halau tapi aku takut padamu....

Balik2 semayang rehat2 tepon mak, hurm mak aku serabut kot time tu. kene la mrh sikit2. ehehe. tepon xkene waktu kannn. Eh ngantuklaaa tapi byk lagi nak cite. Nant lah sambung lagi. nak dkt kul 10. Sambungan yg ke2 ni lagiii best. Byk bende jadi. huhuhu mcm ade orang bace. Tapi nak jgak cite.Ehehehe

Pelupa

Kadang-kadang aku kurang yakin dengan kepala otak aku sendiri. Cepat sangat lupaa. Aduhai baru berapa ari lepas aku dapat bukak blik blog ni lepas dah bape tahun tak bukak.

Tapi pagi tadi aku dengan semangatnye nak bukak tapi katanya password salah. Heh penat aku dok ingat2 balik password aku.  Ada 1 masa aku tga google2 cari kerja katanya xmo yg cepat lupa. Haha mesti pekerja dia sebelum ni asik lupa je kalu bos dia tnye. Aku gelak sensorang. Entah2 nanti aku pon mcm tu.Wakaka.

Wednesday, January 9, 2013

KEMBALI

Assalamualaikum. Wah last update May 2011. Sekarang 2013. Macam2 jadi. N now aku buka bz belajar dah tp sibuk cari kerja. Banyak benda berlaku sepanjang aku x update blog ni. Harap nak share pengalaman praktikal, pengalaman jenjalan dgn kwn2, pengalaman cari keja, pengalaman interview, pengalaman putus cinta aiyak ini pon haruslah masukkan. Supaya jadi pedoman. Kalau boleh nak undur balik masa spy aku tak jatuh cinta dan dpt meneruskan khidupan dgn jayanya tanpa heartbroken. Mihmihmih. Tapi tulah kita xtau ape akan jadi 1 hari nanti. But, 1 benda yg aku bangga mengenai diri aku. Dlm semua situation, aku dah berjaya lakukan setiap bende dgn bersungguh2. Sbb tu aku aku tak regret sikit pon dgn ape yang aku buat walaupon tak menunjukkan hasil sangat sebab aku dah berusaha sungguh2. Selebihnya terserah pada Tuhan samada nak bagi atau tidak rezeki tu.

Putus cinta pon aku tak menyesal mane sebab AKU TAK RUGI APA2. ALHAMDULILLAH. Result aku tak pernah turun. Aku berjaya siapkan thesis kebanggan aku. Ye, aku sangat bangga dgn thesis aku. Ade orang xmo bukak dah thesis die sbb kate mcm tah pape. Bayangkan betapa serabutnya otak aku nak kene handle 2 projek rp n siapkan 2 tajuk thesis dlm 1 masa.  jadinya. Kerja kau pon jadi kerja aku. Wahaha. 1 lagi projek thesis tu x perlu la aku bgtau sape punye. tapi kalu pernah terbercinta dgn classmate memang itulah. Memang mencabar sangat2. Alhamdulilah aku dapat siapkan yg terbaik untuk thesis aku. Dan aku rasa thesis tulah kerja yang paling perfect n puas hati.

Takpelah nak semayang subuh dulu ni. Nanti aku sambung lagi. Update banyakkkk sangat nih nak cerita. Semoga sy terus ditetapkan hati untuk berubah. Amin.... Doakan saya ye kawan2.

Thursday, May 12, 2011

Takde Semangat

Bengang sungguh aku hari ni. For the first time, aku ngn classmates yang lain semangat nak ambik lab test entomo esok, tetiba kancel. ape perasaan korang. memanglah hepi kan. tapi untuk kami nih, kitorang sangat2 tak suke sebab next week kalau boleh nak spend masa untuk study jek. lagipon lab test histopath yang ambil masa bertahun-tahun berhari-hari nak siapkan tu pon belum buat lagi. kalau da semua nak buat minggu depan memang penat lah kan. dah la hari isnin aku punye presentation. haish, tak bertuah betul tangan aku nih sebab masa cabut undi tuh, aku yang wakilkan diri. dah la dapat group last. tajuk presentation pon tak best n susah.

so, esok pagi-pagi memang aku nak chow dari bumi shah alam nih. TAKDE SEMANGAT!!! minggu ni banyak benda aku tak tahu aku jadi tahu. hurmm... Selama ni aku harapkan benda lain benda lain pulak jadi and aku memang totally tak boleh nak terima.

*rasa tak balance pulak perenggan 1 punya panjang berjela tak larat nak baca + semak, perenggan ke2 pulak pendek. xpelah. bukan ada orang nak bagi markah pon.

Monday, May 9, 2011

Urban Poor Bukit Bangsar

Pada 16 March 2011 bersamaan hari Sabtu, saya bersama-sama 37 pelajar jurusan Bioperubatan Tahun ke-2 telah menjalankan membantu penduduk yang kurang bernasib baik di Bukit Bangsar.... eceh, tak mau lagi skema ke ayat. tu lah kan, orang suruh buat lab report properly malas. hah, sekarang baru tergedik2 nak buat.
kitorang ke sana adalah sebahagian community services MSU. banyak jugak aktiviti yang dibuat kat sana. contoh macam free medical checkup, games untuk kanak-kanak, and melawat ke rumah-rumah keluarga yang kurang bernasib baik. ok la, cite panjang pon tak gune. gambar menceritakan segalanya

muka eksaited di pagi hari

bukti angkat barang banyaaaaaakkk sangat

muka 2 dari kiri tu tak boleh nak gangster lagi ke?

hujan!!!!! penyek tudung aku

bahagikan harta barang-barang untuk diagihkan

group untuk kunjungan ke rumah keluarga kurang bernasib baik

group medical checkup

mobile medical checkup. door to door

blood pressure

immobile medical checkup di dewan Perumahan Bkt Bangsar

kunjungan ke rumah keluarga kurang bernasib baik

uncle ni kene elephantiasis tapi sangat bersemangat join apa2 aktiviti kami

cewah. big bro fokus ambil darah untuk blood glucose test n blood group

snap snap.. kerja sampingan aku

lawatan ke rumah uncle tadi. sedih sangat.

kunjungan ke salah sebuah keluarga. tak silap makcik ni tinggal sorang2 dan jaga cucu2 nya. 

gotong royong bersihkan rumah uncle.

comel gler baby tuh. ini family yang my group buat kunjungan tuh

sukaneka

errr... comel...

yeah yeah.... aku takde time nih. so tak tau nak ckp ape. hahahaha

pertandingan rebut kerusi

penyayang tak I  dengan budak budak???hahhaha

harus bergambar sebelum pulang. yeah. project well done

wajiblah ada gambar aku kan di akhir entry. perhargaan untuk yang habis membaca dengan jayanya. cewah!
.

Atas Nama Cinta by UNIC



Tika mata
Diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika
Terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah
Bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba
Menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta
Pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana
Moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya

ok, ni lagu lama. aku je yang ketinggalan zaman. tapi aku dah dengar since sem 3 lagik. muka je rock tapi dalam hati ada taman der. em, aku suka lagu ni. sebab bait-bait kata dia ada maksud. sangat senang nak faham. 

kepada korang di luar sana n peringatan untuk aku juga.... cintailah Tuhan kita dulu. sebab dengan redha nya, setiap yang kita lakukan akan dilindungi dari segala kebaikan. bahkan Dia akan bagi lagi yang terbaik untuk kita. Tak rugi. Renung renungkan dan selamat beramal....